Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Paling Sedappp!!
Salam semua, hari ini sangat seronok kerana aku boleh mencuba salah satu kuih tradisional yang paling aku gemari iaitu resepi kuih seri muka, sebenarnya aku memang tidak terlalu arif dalam menyediakan kuih muih maka daripada itu blog ini hanya berkongsi beberapa resepi kuih muih sahaja. padahal apabila bulan ramadhan tiba kuih tradisi ialah kuih yang paling banyak dicari sebagai menu untuk berbuka puasa. juga apabila di hari perayaan mesti lah kuih seri muka ialah kuih paling dicari oleh semua orang. Resepi Kuih Seri Muka dari antara banyak kuih tradisional kuih inilah yang lebih aku suka, tetapi ibonda aku pernah berkata dalam menyediakan kuih seri muka ada kesukaran tersendiri karena apabila ada salah sedikit sahaja kuih ini boleh tak menjadi (lapisan atas tak merekat pada lapisan bawah dan permukaanya tak cantik). secara tradisi kuih ini dibuat dengan 2 lapisan warna, lapisan bawahnya berwarna putih ianya gunakan beras pulut dan lapisan atas berwarna hijau i...