Resepi Tomyam Campur Thai!! (SbS)

Resepi Tomyam Campur Thai!! | Sape-sape peminat tomyam try la buat, sedapppp!!!..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Aisha Shukor



Bahan-bahan:

bawang besar

bawang putih

halia muda

cili api ikut suka

tomato

serai 4 batang dititik

daun limau purut 6 helai dikoyak

limau nipis 3biji (lagi masam lagi sedap)

sayur-sayur yang uolls suka

daun ketumbar 4 tangkai 

paste tomyam thai

ayam seekor (dipotong kecik2) atau ikut suka uolls la nak buat berape banyak..

asam jawa besar bola pingpong



Ni ia paste tomyam poojaan hatiku.. ngeh3..boleh beli kat jusco giant tesco dan supermarket la senang cerita..



Ok macam biasa cik ecah memang malas so humban je la semua bawang besar, bawang putih, halia muda, tomato dan cili api dalam blender.. sebabnyer kang aklau ternampak tomato la cili la nanti, anak macam-macam bunyi.. so kita bagi sembunyi.. hihihi



Panaskan minyak,campak masuk serai dan daun limau purut jap



Tumis bahan-bahan blend hingga garing



Bila dah kering, masuk paste tomyam thai tu dua sudu besar.. tumis lagi hingga pecah minyak



Masuk ayam yang dah dicuci, selawat dan tos.. balik-balikkan



Masukkan air satu blender tadi.. haaa petua masak sedap..hihihi 
(selalu air lesung kan, tapi ni cik ecah memandai bagi petua air blender😝)



Masuk air asam jawa besar bola pingpong.. ambil airnya setengah mangkuk



Tutup kuali n agar masak menggelegak.. sila abaikan tangan cik ecah tu.. korang ingat senang ek sambil masak sambil amik gambo? mane lagi nak sorok xbagi muka masuk gambo kat tudung kuali tu.. huwawawa



Bila kuah dah berkurang dan semua dah 3/4 masak, masukkan carrot



Garam secukup rasa



Masuk segala sayur..



Perah semua limau nipis & daun ketumbar



Masak lagi 5 minit hingga menggelegak ganas.. siap! Yeahh!!

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..



Sumber http://banyakresepi.blogspot.com

Komentar

Entri Populer

Resepi Kuih Sagun Bakar Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuah Kacang Satay Kajang Sangat Sedap

Resepi Mee Rebus Paling Sedap Cubalah