Resepi Mee Goreng Mamamaicun!! (SbS)


Resepi mudah untuk makan malam ini.. :D..  Aummm...... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


 resepi disediakan di bawah Step by Step  Resepi Mee Goreng Mamamaicun!! (SbS)

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Bahan-bahannya:

Mee kuning 
(lupa bubuh gambo la pulak....masa ni mee ada dalam sink...tengah basuh...hahaha)

ikan bilis*

bawang merah*

bawang putih*

cili kering (bergantung kepada kepedasan)*

kicap lemak

sos cili

sos tomato

sos tiram

telur

udang

sotong

sawi

tauge




Method:

Mula-mula kisar semua materi yang bertanda * 
(saya tak pernah sukat berapa biji bahan-bahan yang aku gunakan...ikut rasa hati masing2)

Kemudian panaskan minyak.




Masukkan materi yang telah dikisarkan tadi.




Selepas dah naik minyak materi tumis tadi masukkan kicap lemak, sos cili, sos tomato, sos tiram. JANGAN bubuh garam tau....sebab sos tu semua dah menyumbang rasa masin...mee kuning tu juga dah rasa masin.




Kacau lagi




Selepas tu masukkan udang, sotong, batang sawi & telur (untuk masak mee mamamai lebih suka masukkan udang & sotong berbanding ayam & daging).




Kacauuuu




Masukkan mee pula




Masukkan sawi.




Masa ni boleh adjust sama ada nak mee tu berair atau kering...kalau nak mee tu kering boleh semoga lama sikit.




Tutup api & barulah masukkan tauge.




Tadaaaaaaaaaa....siap!!!! senangkan!!


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Maisarawani Spahat



Sumber http://banyakresepi.blogspot.com

Komentar

Entri Populer

Resepi Kuih Sagun Bakar Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuah Kacang Satay Kajang Sangat Sedap

Resepi Mee Rebus Paling Sedap Cubalah