Walaupun namanya ada kaitan dengan perktaan bandung namun dipercayai ianya tiada kaitan l





Mee Bandung memang terkenal di Johor. Walaupun namanya ada kaitan dengan perktaan bandung namun dipercayai ianya tiada kaitan pribadi dengan Bandung di Indoneia.

Ini juga merupakan makanan peberet aku. Mak elalu masak dan dimakan waktu minum petang. Kuahnya yang pekat memang sedap apatah lagi dimasukkan udang hidup dengan agak banyak dan dikisar sebahagiannya. Wow ... memang marbeles.

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika
suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu biar tidak
berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang


Cara-cara

Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan
kacau sampai cili masak.
Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air
secukupnya.
Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato
dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula
secukup rasa.
Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu,
bihun/mee direbus seketika/dicelur

Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum
memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau
melambatkan rasa mual. Kalau besar lengan berkuasa masam boleh perah banyak.

Sumber http://resepilazat.blogspot.com

Komentar

Entri Populer

Resepi Kuih Sagun Bakar Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuah Kacang Satay Kajang Sangat Sedap

Resepi Mee Rebus Paling Sedap Cubalah