Resepi Kuah Rojak Buah Simple dan Sedap

Apa anda suka makan buah-buahan yang dicincah dengan kuah rojak, rasanya yang manis, masin, masam, pedas memang kombinasi yang sedap. hari ini saya ingin kongsikan resepi kuah rojak yang sedap dan simple.

memang ramai orang yang suka kuah rojak ini dan paling sedap kalau dimakan bersama jambu, mangga muda, nenas, sengkuan, dan pelbagai buah lainya. semenjak jumpa resepi ini sudah banyak kali saya buat dan setiap saya buat saya improvised untuk kualiti yang lebih baik.
Resepi Kuah Rojak Buah

Resepi Kuah Rojak

sebelum ini saya sudah share pelbagai macam resepi sedap dan resepi kegemaran saya ialah resepi kek marble dan resepi cucur ikan bilis. memang sangat senang dan puas hati. tetapi masih ada juga yang nak minta order dan tanya full resepi lagi.

saya memang penggemar kuah rojak bahkan boleh kata saya ini tiap-tiap ahad beli kuah rojak dalam botol tu, tetapi selepas saya cerdik buat sendiri kuah rojak saya sudah tak pernah beli lagi. bagi peminat rojak resepi ini perlu anda tahu supaya boleh buat sendiri di rumah.

jom kita layan resepi kuah rojak sedap dibawah :

Bahan-Bahan

  • 1 botol kecil sos cili
  • 1 botol kecil kicap manis
  • sedikit belacan bakar #
  • 1 cawan kacang tanah - goreng dan tumbuk
  • 2 cawan gula
  • 10 tangkai cili padi # - blender bersama belacan
  • 1 ketul gula merah
  • 4 sudu bijan digoreng tanpa minyak
  • 5 sudu tepung jagung - untuk pekatkan kuah
  • 1 bekas pes otak udang
  • 5 sudu sos tiram
Cara Penyediaan

1. masak belacan dan cili padi yang sudah diblender kemudian masukan semua materi kecuali bijan, kacang tanah, dan tepung jagung. biarkan sekejap sampai hampir masak.

2. masukan tepung jagung untuk memakatkan kuah, kacau sekejap kemudian tutup api. biarkan kuah sejuk.

3. final sekali, masukan kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk tadi. siapkan kemudian potong-potong buah sesuai yang anda suka. boleh gunakan nenas, mangga muda, atau buah lain.

kuah rojak buah ini paling sedap kalau dimakan saat siang tengah hari, suhu siang hari yang panas dan memakan rojak buah yang segar sangat sesuai untuk berehat melepaskan lelah.

Sumber http://www.blogopsi.com/

Komentar

Entri Populer

Resepi Kuih Sagun Bakar Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuah Kacang Satay Kajang Sangat Sedap