Resepi Kuah Bakso Asli Indonesia Mudah dan Sedap

Resepi Bakso Indonesia - anda pernah cuba memakan bakso tak? bakso ialah makanan asli indonesia yang materi asasnya dibuat dari daging lembu. bila anda pernah melawat ke indonesia, bakso amat mudah untuk ditemui di kedai-kedai tepi jalan.

bakso mempunyai pelbagai jenis, ada bakso solo, bakso malang, bakso jogja yang semuanya sedap. tetapi resepi bakso asli indonesia yang aku kongsikan ini merupakan makanan yang sudah biasa di jumpai di indonesia.
Resepi Kuah Bakso Asli Indonesia

Resepi Bakso Asli Indonesia

makanan ini mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal ditambah dengan kuah khusus yang dibuat daripada materi rempah rahsia pastilah rasanya sedap. bahkan semua orang indonesia suka memakan bakso.

bakso sangat popular di masyarakat indonesia dan sekarang bakso atau bebola daging sudah mula ramai yang menggemari di Malaysia. satu-satunya makanan yang boleh menandingi populariti bakso ialah mie ayam. jom kita layan resepinya dibawah

Bahan Bakso/ Bebola Daging

  • 500 gram daging lembu cincang - boleh gunakan daging ayam
  • 2 ulas bawang putih - haluskan
  • 2 ulas bawnag putih haluskan
  • 1 biji telur gred A - gunakan putih telurnya sahaja
  • 1 sudu kecil baking powder
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 90 ml air ais
  • 5 senduk tepung ubi kayu
Bahan Kuah Bakso
  • 600 gram tulang lembu
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu kecil garam
  • 2000 ml air
  • 2 batang daun bawang - hiris
Bahan Hiasan
  • 1 bungkus Mee hoon
  • sedikit taugeh
  • kobis dihiris halus
Cara Membuat Bakso
Resepi Kuah Bakso Asli Indonesia

1. siapkan bekas kemudian masukan semua materi bakso dan gaul rata hingga adunan menjadi halus. lepas tu masukan pada bekas lain dan ditutup menggunakan plastik, 

2. masukan adunan tadi kedalam peti ais selama lebih kurang 30 minit. kemudian bentuk bulatkan mengikut saiz yang anda suka. 

3. rebus air dalam periuk dan masukkan bakso yang sudah berbentuk lingkaran tadi. rebus menggunkan api kecil hingga bebola bakso tadi timbul artinya bakso sudah siap.

Cara Membuat Kuah

1. rebus tulang lembu hingga empuk dan haluskan bawang putih, lada sulah, dan garam kemudian masukan kedalam rebusan tulang tadi. masak hingga menggelegak.

untuk cara penyediaanya mudah sahaja. mula rendam mee hoon kemudian tapis, hidangkan mee hoon bersama taugeh dan kobis. kemudian tuangkan kuah dan bebola bakso dan supaya lebih sedap tambahkan kicap manis, cili padi yang ditumbuk dan bawang goreng.

resepi kuah bakso asli indonesia yang aku kongsikan ini sudah aku buat dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. tetapi walaupun materi yang digunakan tak banyak rasanya tetap sedap. okay, hingga jumpa lagi di entry sedap selanjutnya.

Sumber http://www.blogopsi.com/

Komentar

Entri Populer

Resepi Kuah Rojak Buah Simple dan Sedap

Resepi Kuih Sagun Bakar Paling Sedap dan Mudah

Resepi Mee Rebus Paling Sedap Cubalah